Monday 17 June 2013

SEJARAH MUKIM PAUH LIMA

SEJARAH MUKIM PAUH LIMA
 Perkembangan  awal  penduduk mukim pauh adalah tidak di ketahui dengan telitinya.Namun penghijrahan seorang tokoh ulamak dari Pondok Kampung Lubuk Daerah Patani  di selatan Thailand pada  tahun 1711 telah menjadi  titik perkembangan penepatan bertempat dan berpusat.   
Tokoh tesebut ialah Tuan Haji Hassim bersama sepupunya Awang Kecik telah membuka sebuah penempatan di Ulu Sungai Pulai Chondong  yang dikenali sebagai Kampung Bukit .Pembukaan kampung  disusuli dengan pembinaan sebuah masjid  yang menjadi pusat  pembelajaran dan penyebaraan agama islam pertama disekitar daerah ini. Tuan Haji Hassim merupakan bapa kepada Haji Abdul Samad atau lebih dikenali Tok Pulai Chondong.
Tuan Haji Hassim juga dikenali sebagai imam bukit. Dia seorang pakar dalam ilmu fiqah. Sepupunya Awang Kechik  merupakan seorang yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri. Gabungan dua guru telah menaikkan nama mukim ini dan semakin dikenali ramai. Mukim ini telah berkembang dan dikenali sebagai Mukim Gading Galoh.
Setelah imam bukit meninggal dunia, anaknya Haji Abdul Samad pulang dari Mekah dan membuka pondok baru di Kampung Surau. Madrasah Imam Bukit telah berpindah ke Surau Tok Pulai Chondong dimana Haji Abdul Samad telah membuka sistem pengajian pondok pertama di Kelantan dikenali Tok Pulai Chondong manakala Tok Awang Senik anak kepada Awang Kechik telah berpindah ke Kampung Tok Kaya.
Pada pertengahan tahun 1820 an, satu lagi perubahan berlaku di Kampung Pauh Lima ekoran pembukaan sebuah kuari di Bukit Buluh. Bermula dari situ, ramai buruh dari luar membuka penempatan di Kampung Pauh Lima semasa ribut besar melanda Kelantan pada 1823.Penduduk di Kampung Pauh Lima terselamat dari ribut tersebut serta mempunyai bekalan makanan seperti beras dan padi yang mencukupi  dan boleh bertahan dari ribut tersebut.
Pada 1941 sekali lagi Kampung Pauh Lima menjadi penyelamat kepada pejuang-pejuang Tok Janggut berlindung dari Inggeris di Kawasan Bukit Sabut dan Bukit Batu Meninjau. Mereka mendapat bekalan makanan beserta ubat-ubatan dari  sekitar penduduk kampung Durian Tembaga  di Mukim Pauh Lima. Pada waktu air bah air merah pada tahun 1926, Pauh Lima terselamat dari bencana ini dan sehingga kini ia dikenali sebagai tanah tinggi atau dengan panggilan Kampung Pangkal Gong bererti dataran yang kering. 
Pada awal tahun 60an, mukim pauh lima menjadi tumpuan seluruh penduduk di Kelantan kerana sebuah kilang mengawet tembakau telah dibuka  yang terbesar di Kelantan oleh sebuah syarikat Inggeris pada tahun 1963. Syarikat tersebut dikenali Malaya Tembakau Company. Pada 1966, sebuah sekolah menengah dibuka menambahkan lagi kemudahan infrastruktur mukim pauh lima.
Antara senarai penghulu yang menjawat jawatan di Mukim Pauh Lima:
       Penghulu Jusoh  ( sebelum perang jepun)
        Penghulu Pak Chu@Pok Nik (semasa perang jepun)
c     Penghulu Samad ( selepas merdeka)
       Penghulu Wan Harun bin Wan Jusoh ( 1960 hingga 1973)
e    Penghulu Che Hassan bin Deraman (1973 hingga 1989)
f     Penghulu Muda bin Mamat (1990 hingga 1995)
      Penghulu Zulkarnain bin Samad (1996 hingga 2005)
      Penghulu Zainudin bin Hj Ismail (2006 sehingga kini)
 PROFAIL MUKIM PAUH LIMA
               
                Nama asal Mukim Pauh Lima sempena satu simpang tiga dari Bukit Tok Sheikh ke Kampung Panggong dimana terdapat lima batang pokok pauh tumbang. Disitu didirikan sebuah Masjid dikenali sebagai Masjid Pauh Lima. Dalam Mukim Pauh Lima terdiri dari 11 buah kampong:
A.      Kampung Pangkal Gong
B.      Kampung Baru Pangkal Gong
C.      Kampung Geng
D.      Kampung Peradong
E.       Kampung Kelubi
F.       Kampung Kuala Merabang
G.     Kampung Pangkal Nering Timur
H.      Kampung Durian Tembaga
I.        Kampung Panggong
Keluasan keseluruhan adalah 5km persegi bermula dari Jambatan Sungai Bagan hingga ke Sungai Pulai Chondong,dari pengkalan kunyit hingga sempadan Bukit Batu Meninjau.
Pertanian Guna Tanah:
Padi
25%
Getah
30%
Penempatan
15%
Hutan simpan dan Tanah terbiar
30%
Jumlah rumah lebih kurang 428 buah dan jumlah penduduk dalam anggaran 2680 orang iaitu 40% wanita dewasa, 30% lelaki wanita, 20% kanak-kanak perempuan dan 10% kanak –kanak lelaki.
Kegiatan utama penduduk adal penoreh getah, penanam padi, kakitangan kerajaan ,kakitangan swasta selebihnya bekerja sendiri dan berniaga.
Kemudahan struktur awam di Mukim Pauh Lima yang terletak di jalan utama dari Kota Bahru ke Machang dan jalan alternatif ke Kota Bharu melalui Jalan Kemubu.


0 comments:

Post a Comment