Friday 21 June 2013

PENGENALAN KEPADA DAERAH PULAI CHONDONG

LATAR BELAKANG DAERAH PULAI CHONDONG



Daerah Pulai Chondong terletak di Utara Jajahan Machang, Ianya bersempadan dengan Daerah Ketereh Dalam Jajahan Kota Bharu, secara jelasnya Kg. Bukit China dan Kok Lanas merupakan pemisah antara Jajahan Machang dan Kota Bharu. Disebelah Selatan pula bersempadan dengan Daerah Labok, di bahagian Barat ianya bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dimana Sungai Kelantan sebagai pemisah manakala dibahagian Timur pula bersempadan dengan Hutan Simpan Chabang Tongkat dalam Daerah Ulu Sat. Keluasan Daerah Pulai Chondong ialah 54.98KM. Persegi /21.227 Batu Persegi/ 13,585.853 Ekar / 5,498 Ha. (1KMP = 247.105Ek./0.386 Batu Persegi/ 100 Ha.)

Daerah Pulai Chondong adalah antara salah satu Daerah yang berada dibawah Pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Machang selain Daerah Labok, Daerah Ulu Sat, Daerah Pangkal Meleret, Daerah Panyit dan Daerah Temangan. Manakala pentadbiran politik ianya terletak didalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong (DUN N 32) dan Parlimen Machang (P29 )

PENTADBIRAN DAERAH

Bagi Pentadbiran Daerah, ianya terbahagi kepada empat kategori sempadan yaitu Sempadan Mukim Tanah, Sempadan Mukim Penghulu, Sempadan Mukim Masjid dan Sempadan Piliharaya (UPU). Sempadan Mukim Tanah dan Mukim Penghulu (Bawah Pentadbiran Pejabat Tanah) Sempadan Mukim Masjid (Bawah Pentadbiran MAIK) dan Sempadan Unit Peti Undi (Bawah Pentadbiran SPR, dan secara kesimpulanya sempadan  mukim-mukim ini berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

MUKIM TANAH
a)Mukim Pulai Chondong
b)Mukim Gading Galoh
c)Mukim Bagan
d)Mukim Kerawang

SEJARAH PULAI CHONDONG

SEJARAH PULAI CHONDONG
ASAL USUL
Nama Pulai Chondong diambil sempena dengan nama Tok Pulai Chondong. Nama sebenarnya ialah Haji Abdu l Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (telah disingkatkan kepada Tok Pulai Chondong). Beliau dilahirkan semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207H/1792M.
Beliau merupakan saudara dua pupu kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut sumber, Haji Hasyim (datuknya) berasal dari keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera, yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18.
“Setelah belajar di Patani, beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf’ kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.
Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu...” (Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof)

KEMUDAHAN LAIN-LAIN

KEMUDAHAN KESIHATAN






KEMUDAHAN KESELAMATAN



KEMUDAHAN PENGHANTARAN POS



KAMPUNG TANPA WAYAR 1 MALAYSIA

KAMPUNG TANPA WAYAR BUKIT JONG


KAMPUNG TANPA WAYAR KAMPUNG JENERIH BONGKOK


KAMPUNG TANPA WAYAR KAMPUNG GALANG



 KAMPUNG TANPA WAYAR KAMPUNG LABOK

KAMPUNG TANPA WAYAR PULAI CHONDONG


PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PULAI CHONDONG




PERPUSTAKAAN DESA PANGKAL GONG & PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR PANGKAL GONG




Monday 17 June 2013

SEJARAH MUKIM PAUH LIMA

SEJARAH MUKIM PAUH LIMA
 Perkembangan  awal  penduduk mukim pauh adalah tidak di ketahui dengan telitinya.Namun penghijrahan seorang tokoh ulamak dari Pondok Kampung Lubuk Daerah Patani  di selatan Thailand pada  tahun 1711 telah menjadi  titik perkembangan penepatan bertempat dan berpusat.   
Tokoh tesebut ialah Tuan Haji Hassim bersama sepupunya Awang Kecik telah membuka sebuah penempatan di Ulu Sungai Pulai Chondong  yang dikenali sebagai Kampung Bukit .Pembukaan kampung  disusuli dengan pembinaan sebuah masjid  yang menjadi pusat  pembelajaran dan penyebaraan agama islam pertama disekitar daerah ini. Tuan Haji Hassim merupakan bapa kepada Haji Abdul Samad atau lebih dikenali Tok Pulai Chondong.
Tuan Haji Hassim juga dikenali sebagai imam bukit. Dia seorang pakar dalam ilmu fiqah. Sepupunya Awang Kechik  merupakan seorang yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri. Gabungan dua guru telah menaikkan nama mukim ini dan semakin dikenali ramai. Mukim ini telah berkembang dan dikenali sebagai Mukim Gading Galoh.
Setelah imam bukit meninggal dunia, anaknya Haji Abdul Samad pulang dari Mekah dan membuka pondok baru di Kampung Surau. Madrasah Imam Bukit telah berpindah ke Surau Tok Pulai Chondong dimana Haji Abdul Samad telah membuka sistem pengajian pondok pertama di Kelantan dikenali Tok Pulai Chondong manakala Tok Awang Senik anak kepada Awang Kechik telah berpindah ke Kampung Tok Kaya.
Pada pertengahan tahun 1820 an, satu lagi perubahan berlaku di Kampung Pauh Lima ekoran pembukaan sebuah kuari di Bukit Buluh. Bermula dari situ, ramai buruh dari luar membuka penempatan di Kampung Pauh Lima semasa ribut besar melanda Kelantan pada 1823.Penduduk di Kampung Pauh Lima terselamat dari ribut tersebut serta mempunyai bekalan makanan seperti beras dan padi yang mencukupi  dan boleh bertahan dari ribut tersebut.
Pada 1941 sekali lagi Kampung Pauh Lima menjadi penyelamat kepada pejuang-pejuang Tok Janggut berlindung dari Inggeris di Kawasan Bukit Sabut dan Bukit Batu Meninjau. Mereka mendapat bekalan makanan beserta ubat-ubatan dari  sekitar penduduk kampung Durian Tembaga  di Mukim Pauh Lima. Pada waktu air bah air merah pada tahun 1926, Pauh Lima terselamat dari bencana ini dan sehingga kini ia dikenali sebagai tanah tinggi atau dengan panggilan Kampung Pangkal Gong bererti dataran yang kering. 
Pada awal tahun 60an, mukim pauh lima menjadi tumpuan seluruh penduduk di Kelantan kerana sebuah kilang mengawet tembakau telah dibuka  yang terbesar di Kelantan oleh sebuah syarikat Inggeris pada tahun 1963. Syarikat tersebut dikenali Malaya Tembakau Company. Pada 1966, sebuah sekolah menengah dibuka menambahkan lagi kemudahan infrastruktur mukim pauh lima.
Antara senarai penghulu yang menjawat jawatan di Mukim Pauh Lima:
       Penghulu Jusoh  ( sebelum perang jepun)
        Penghulu Pak Chu@Pok Nik (semasa perang jepun)
c     Penghulu Samad ( selepas merdeka)
       Penghulu Wan Harun bin Wan Jusoh ( 1960 hingga 1973)
e    Penghulu Che Hassan bin Deraman (1973 hingga 1989)
f     Penghulu Muda bin Mamat (1990 hingga 1995)
      Penghulu Zulkarnain bin Samad (1996 hingga 2005)
      Penghulu Zainudin bin Hj Ismail (2006 sehingga kini)
 PROFAIL MUKIM PAUH LIMA
               
                Nama asal Mukim Pauh Lima sempena satu simpang tiga dari Bukit Tok Sheikh ke Kampung Panggong dimana terdapat lima batang pokok pauh tumbang. Disitu didirikan sebuah Masjid dikenali sebagai Masjid Pauh Lima. Dalam Mukim Pauh Lima terdiri dari 11 buah kampong:
A.      Kampung Pangkal Gong
B.      Kampung Baru Pangkal Gong
C.      Kampung Geng
D.      Kampung Peradong
E.       Kampung Kelubi
F.       Kampung Kuala Merabang
G.     Kampung Pangkal Nering Timur
H.      Kampung Durian Tembaga
I.        Kampung Panggong
Keluasan keseluruhan adalah 5km persegi bermula dari Jambatan Sungai Bagan hingga ke Sungai Pulai Chondong,dari pengkalan kunyit hingga sempadan Bukit Batu Meninjau.
Pertanian Guna Tanah:
Padi
25%
Getah
30%
Penempatan
15%
Hutan simpan dan Tanah terbiar
30%
Jumlah rumah lebih kurang 428 buah dan jumlah penduduk dalam anggaran 2680 orang iaitu 40% wanita dewasa, 30% lelaki wanita, 20% kanak-kanak perempuan dan 10% kanak –kanak lelaki.
Kegiatan utama penduduk adal penoreh getah, penanam padi, kakitangan kerajaan ,kakitangan swasta selebihnya bekerja sendiri dan berniaga.
Kemudahan struktur awam di Mukim Pauh Lima yang terletak di jalan utama dari Kota Bahru ke Machang dan jalan alternatif ke Kota Bharu melalui Jalan Kemubu.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN

KEMUDAHAN SEKOLAH YANG TERDAPAT DI DAERAH PULAI CHONDONG

 SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL GONG



SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI CHONDONG




MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN



SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR



SEKOLAH KEBANGSAAN MATA AYER



SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL NERING



MAAHAD SYAMSUL MAARIF(PEREMPUAN)



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAD









PELANCONGAN

KAWASAN PELANCONGAN DI DAERAH PULAI CHONDONG

MASJID TOK KERAWAT





SUMBER MATA AIR




MASJID TOK PULAI CHONDONG



KEMUDAHAN AGAMA

KEMUDAHAN AGAMA

 MASJID BAGAN




MASJID BELUKAR




MASJID KERAWANG



MASJID KEPUTERAAN PULAI CHONDONG



MASJID GALANG



MASJID KAMPUNG LAHA



MASJID PAUH LIMA


MASJID TOK KERAWAT




 MASJID TOK PULAI CHONDONG